Seorang lelaki yang teringin sangat nak berhidung mancung, menerima tragedi yang tak dapat dilupakan sepanjang hayatnya. Ini sifat semulajdi manusia yang tidak pernah bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Vishal Thakkar, lelaki
Oklahoma Amerika Syarikat ini menjadi salah seorang yang malang, malah
menderita kerugian yang besar akibat kesilapan doktor. Tidak
tanggung-tanggung Vishal sudah melakukan operasi untuk membuat
hidungnya mancung sebanyak 21 kali dan pada akhirnya gagal terus. Doktor yang
membedahnya tidak sengaja memotong hidung Vishal. Tidak terima
atas kegagalan pembedahannya, Vishal pun merancang untuk saman doktor tersebut.
Vishal melakukan pembedahan hidung
semenjak tahun 2006 pada doktor Lawrence Angelo Cuzalina dari klinik bedah Tulsa. Dari pembedahan pertama memang sudah tidak berjalan lancar
kerana Vishal susah bernafas. Kesalahan fatal
doktor Cuzalina ini akhirnya membuatnya menerima tuntutan dari Vishal.
Kini Vishal menggunakan masker untuk wajah dan mulut, kurang lebih
seperti yang dipakai oleh tokoh Bane dalam film The Dark Night Rises.
No comments:
Post a Comment