hujan batu di singapura ...selepas kejadian jerebu..ini semua kekuasaan allah....usahkan hujan batu...hujan emas pon boleh kalau Allah turunkan.
Fakta sains Hujan Batu
Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus(awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level . Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di
negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa . Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming , di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar..
PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN
Pengenalan
Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains
moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu
turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu
menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau
rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling
sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada
umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti
utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by
Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh
telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola
golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai
bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu
(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau
melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan,
kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia
menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan
turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari
langit,
dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan
batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari
sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang
demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah
menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa
pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga
boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam
pembentukan kilat.
Hujan batu
dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan
titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan
mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’.
Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa
embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan
cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin
besar.
Selepas ais itu
menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan
air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di
dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui
pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba
yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu
mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair
lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.
lll
No comments:
Post a Comment