Sunday, June 9, 2013

Ini baru betul 'Menteri turun padang'

Sempena dengan lawatan saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, saya sempat melihat keadaan padang bola dengan lebih dekat. Laporan lawatan saya ada dalam pelbagai akhbar hari ini.

Keadaan padang memang amat 'tenat' dan bukan hanya menjatuhkan imej negara tetapi juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain.
Justeru semalam saya telah minta Perbadanan Stadium untuk menutup Stadium Nasional dan ganti rumput dan tanah yang sedia ada. 

Oleh kerana padang yang ada masih boleh bertahan untuk beberapa acara lagi, kami akan benarkan ia diguna sampai selesai Piala Malaysia.
Pada bulan Oktober, Stadium Nasional akan ditutup selama enam bulan bagi kerja-kerja membuat padang baru. 

Saya sendiri akan pantau projek ini untuk memastikan tender dibuat secara telus menepati taraf integriti yang tinggi dan rumput yang dipilih adalah yang paling sesuai untuk Bukit Jalil.

Selepas kerja-kerja tersebut dilaksana adalah menjadi sama penting untuk padang tersebut diselenggara dengan baik. Tak guna juga kalau berjuta-juta duit rakyat dibelanja tapi maintenance hampeh.
Harap rakan-rakan sabar untuk melihat padang world class di Bukit Jalil menjadi realiti tahun depan.

1 comment:

  1. sayang rumput bawak lembu anak pak jalil makan kan bagus...

    ReplyDelete