IPOH - Seorang pekebun sayur ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa
sebagai anak saudara kepada seorang bekas ahli Parlimen dalam urusan
pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian lebih RM66,000 awal tahun
lalu.
Chiew Kok Kheong, 43, dari Chemor dekat sini berkata, dia menyerahkan
wang tersebut secara tunai selain mendepositkan ke dalam akaun bank
isteri lelaki terbabit sebelum menyedari dia telah diperdaya.
Berikutan itu dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian
terbabit dan menyerahkan bukti slip pembayaran kepada pihak berkuasa
tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.
"Saya diperdaya kononnya suspek memiliki lebih 323 hektar tanah ladang kelapa sawit dan getah di Gerik serta Sungai Siput.
"Dia memberi jaminan bahawa saya boleh mengusahakan ladang-ladang
tersebut, menoreh getah dan memetik sawit, namun malangnya dia gagal
membuktikan ladang-ladang itu wujud," dakwanya.
No comments:
Post a Comment