Thursday, June 6, 2013

Mufti Berjaya Pujuk MB Kedah Teruskan Kuliah Ilmu Di Sri Mentaloon?

Bila tersebar berita bahawa kerajaan UMNO Kedah mengharamkan kuliah di Sri Mentaloon maka ramai peminat kuliah tersebut khususnya kakitangan awam merasa sedih kerana majlis ilmu yang diasaskan oleh Ustaz Azizan lima tahun lalu menjadi mangsa pertukaran kerajaan.
Mereka meminta jasabaik Dato' Mufti Kedah Syeikh Badarudin supaya memujuk Menteri Besar untuk membenarkan semula kuliah tersebut diadakan kerana ia adalah kuliah agama, bukan ceramah politik.

Yeelah, bukan asal sebut Islam saja politik, sebut Islam saja politik... takkanlah sampai kuliah agama pun takleh sebut Islam. Sepanjang kuliah berjalan sepenggal kerajaan lalu, walaupun yg beri kuliah itu MB sekalipun namun beliau tidak pernah berceramah politik kepartian UMNO-PAS, memang kuliah agama semata-mata.
Maklumat terbaru diterima bahawa atas desakan demi desakan dari orangramai akhirnya MB Mukhriz membenarkan semula kuliah di Sri Mentaloon diadakan.

Adakah ia hasil perundingan Dato' Mufti dengan MB? Jika benarkah kuliah dibuka semula atas campurtangan Mufti maka sekalung tahniah kepada Dato' Mufti kerana berperanan dengan baik sebagai ulamak...

Walaubagaimanapun kita tengoklah hari Sabtu terdekat ini (8 Jun) sama ada kuliah tersebut diadakan semula atau tidak selepas sebulan dihentikan. ~kedahla

No comments:

Post a Comment