Belaga:
Operasi mengapungkan bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di
Tanjung Giam, Bungan di sini, yang masuk hari kesembilan semalam, turut
menggunakan khidmat tiga sami Buddha yang diterbangkan dari Thailand
untuk memujuk semangat sungai.
Ketiga-tiga
sami berkenaan tiba ke lokasi kejadian Isnin lalu bersama ‘wang neraka’
bernilai 3 juta bagi melakukan upacara spritual sebagai alternatif
melancarkan usaha mengapungkan bot ekspres yang karam pada 28 Mei lalu
itu.
Khidmat
sami Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha
Precha, 41, dari, Bangkok, Thailand itu yang juga bomoh hujan juga
digunakan untuk membuat upacara bagi membolehkan paras air surut agar
memudahkan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Roslin Jati,
34, dan Maurice Ajan, 22, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu.
Upacara bermula pada jam 11 pagi yang diketuai Songsak itu bertujuan meminta bantuan Tuhan Sungai dan Bukit untuk membantu memudahkan bot malang itu diapungkan.
Upacara bermula pada jam 11 pagi yang diketuai Songsak itu bertujuan meminta bantuan Tuhan Sungai dan Bukit untuk membantu memudahkan bot malang itu diapungkan.
BOMOH Siam yang diterbangkan dari Thailand melakukan persiapan bagi upacara memujuk semangat sungai.
Dalam
pada itu, paras air surut sejak malam kelmarin berikutan empangan Bakun
ditutup selain tiada hujan di Belaga membolehkan operasi mengesan
kedudukan bot untuk memasang pelampung.
No comments:
Post a Comment