Saturday, June 29, 2013

Polis pintas telefon cari bukti


HASSAN


KOTA KINABALU – Salah satu daripada perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Ang Seow Aun yang juga pegawai penyiasat kes tersebut berkata, nombor telefon 013-888 8359 itu didaftarkan atas nama Mohd. Esham Hassan.

“Berdasarkan siasatan, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh Detektif Koperal Hassan Ali Basari ,” kata Seow Aun di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Seow Aun memberitahu, penahanan anggota Cawangan Khas itu dilakukan pada 3 Mac lalu selepas polis membuka kertas siasatan berikutan ada satu laporan dibuat oleh Mohd. Ali Asmali anggota polis bantuan di Balai Polis Cenderawasih di Felda Sahabat 20.

No comments:

Post a Comment