Harakahdaily
Muhammad Yusri Amin, | 28 Jun 2013 |
KOTA BHARU:
Pilihan raya kecil Kuala Besut akan memperlihatkan samada Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mahu berubah sebagaimana tuntutan rakyat atau akan
terus kekal menjadi 'Suruhanjaya Suruhan Umno'.
(Fatah menanam pokok sebagai gimik projek untuk menghijaukan Kota Bharu)
Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa,
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut nanti akan
memperilihatkan perkara ini.
“Dari sudut politik, kita tidak mengira sama ada kedudukan kerusi Dun Terengganu itu pada mejoriti 17- 15, tetapi kita tuntut pertama-tama sekali ialah SPR yang telus, SPR yang benar-benar menjalankan tugasnya sebagai SPR, tidak SPR sebagaimana dakwaan sesetengah pihak Suruhanjaya Suruhan Umno,” kata Fattah.
Fattah yang juga Adun Bukit Panau bercakap kepada wakil Harakahdaily pada majlis pelancaran Kempen Hijau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Tunjong, dekat sini pagi tadi.
Kenyataan Fatah ini dibuat ekoran serangan bertalu-talu terhadap SPR dan penjelasan yang bersimpang siur yang dibuat oleh badan yang sepatutnya bebas itu.
Isu dakwat kekal yang tidak kekal menjadi fokus utama serangan kepada SPR di samping pelbagai kecacatan dan salah laku yang berjalan sepanjang pilihan raya ke 13 lalu.
PAS Terengganu sudah memfailkan dua petisyen pilihan raya di negeri itu iaitu untuk DUN Kuala Brang dan Hulu Besut.
Kedudukan dalam DUN Terengganu juga hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.
Jika calon Pakatan menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam DUN yang mempunyai 32 kerusi itu.
Pada PRU-13 5 Mei baru-baru ini BN (yang diwakili Dr A Rahman Mokhtar) memperolehi 8,809 undi, manakala PAS (diwakili Napisah Ismail) mendapat 6,375 undi.
Dengan petisyen yang difailkan oleh PAS Terengganu itu, dakwa Fattah, tekanan semakin kuat kepada BN yang mendapat undi minoriti dalam pilihan raya umum lalu.
Abdul Fatah meminta SPR memikirkan perkara ini iaitu untuk membuat perkara yang betul di saat suruhanjaya ini masih berpeluang untuk merobah menjelang PRU-14 nanti.
“Perkara ini diharap dapat dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan agar dapat dikembalikan (pilihan raya bebas, telus dan adil) hak rakyat itu kepada rakyat,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment