KUALA LUMPUR, 5 Jun — Saman fitnah RM10 juta yang difailkan bekas
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Ketua
Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain, selesai
hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di
luar mahkamah.
Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Abdul Rahim memberitahu pemberita
bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di hadapan Pesuruhjaya
Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong.
Choo berkata plaintif dan defenden bersetuju dengan penyelesaian itu
tanpa melibatkan sebarang liabiliti. Bagaimanapun, kata beliau, syarat
penyelesaian tidak dapat diumumkan. "Susulan itu, Nik Abdul Aziz menarik
balik saman berkenaan," katanya.
Pada 31 Mei tahun lepas, Nik Abdul Aziz memfailkan saman itu dengan
menamakan Abdul Rahim, tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST) —
Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean and Nik Imran Abdullah —, ketua pengarang
kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil
Hamid, ketua pengarang NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai
defendan. Dalam penyata tuntutannya, Nik Abdul Aziz berkata defendan
secara bersama bertanggungjawab menulis dan menyebabkan penerbitan satu
artikel berunsur fitnah pada muka surat 6 akhbar itu pada 8 Mei tahun
lepas.
No comments:
Post a Comment