Wednesday, June 5, 2013

Setelah Diperiksa Doktor, Rupanya Datuk 66 Tahun Ini Seorang Perempuan

Foto : ISTFoto : IST

HONG KONG - Setelah menjalani pemeriksaan oleh seorang doktor, datuk 66 tahun di Hong Kong terkejut kerana dia ternyata   seorang perempuan. Doktor menemui ada pembengkakan yang muncul di ovum datuk itu.

Datuk berusia 66 tahun itu dinyatakan mengidap kelainan gen. Penyakit yang diidapnya menimbulkan dampak di kromosom, yang juga menyebabkan kemandulan serta kependekan (badan). 

Datuk itu juga menderita Hiperplasia Adrenal Kongenital yang menyebabkan adanya peningkatan hormon testosteron. Oleh kerana itulah, dia memiliki janggut dan penis layaknya seorang lelaki.

"Jika bukan kerana kista, keadaan medis lelaki ini tidak akan terekspos," demikian pernyataan dari doktor yang merawat datuk itu, seperti dikutip AFP, Selasa (4/6/2013).

Seperti diketahui, pesakit memiliki tinggi badan 135 centimeter. Lelaki yang tumbuh dewasa dalam keadaan yatim piatu itu juga tidak memiliki testis. Lelaki yang tidak disebutkan namanya itu juga berhenti mengalami puber pada usianya yang ke-10.

Doktor pun mengatakan, selama ini ada enam kes serupa yang pernah mereka tangani. Dan menurut laporan, terdapat sekira 2,500 orang yang menghidap kelainan genetis itu. Kelainan itu juga sering disebut dengan istilah Sindrom Turner.

Ketika ini, datuk berdarah Vietnam dan China itu memilih kaedah  perawatan untuk lelaki. Doktor pun mulai mengusahakan tindakan medis lain untuk menangani pesakit ini. (AUL)
 sumber

No comments:

Post a Comment