Pakar
perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh
membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar
yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi
yang sama banyak.
Tambahnya, dalam keadaan seperti itu,
pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh
menggunakan pertimbangannya sendiri.
Abdul Aziz berkata, mengikut
pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan dalam
perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara
Sultan.
Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di
Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang
yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.
"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.
“Ini
untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari
sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi
dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada
Malaysiakini.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.
Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.
Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di
Produk Muslim Ads Network
Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...
Terima kasih