Monday, June 10, 2013

Syed Mokhtar Al Bukhary dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Syed Mokhtar punya.. subhanallah. Kita boleh :))

Sekarang ada mentaliti bahawa Melayu cuma boleh berniaga secara kecil-kecilan dan tidak boleh berjaya dalam sektor yang susah , saya akan membuktikan hari ini bahawa Melayu boleh berjaya dalam apa-apa bidang termasuk yang sukar. Ramai pihak tidak tahu bahawa Pelabuhan Tanjung Pelepas sebenarnya dibina dan diurus oleh seorang peniaga Melayu tanpa pertolongan kerajaan.

Apabila Syed Mokhtar mendapat projek penswastaan Pelabuhan Johor, beliau mencadangkan pembinaan pelabuhan kedua di Tanjung Pelepas di muara Sungai Pulai,Johor. Impian beliau adalah supaya Johor menjadi negeri perhentian dalam laluan perdagangan Eropah dengan Asia yang sibuk. Pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan bersaing dengan Pelabuhan Singapura iaitu antara pelabuhan paling sibuk di dunia, competitive advantage Tanjung Pelepas adalah Johor mempunyai tanah yg luas dan juga kos operasi lebih murah daripada pesaing di Singapura. Syed Mokhtar senaraikan Pelabuhan Johor di Bursa Malaysia dan modal daripada itu digunakan untuk pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas di kawasan berpaya bakau di Sungai Pulai.

Ketika pembinaan pelabuhan tersebut, Syed Mokhtar menunjuk pelan projek kepada Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir. Dr M berkata bahawa pelan itu begitu besar dan fikir bahawa Syed Mokhtar tidak akan berjaya. Tetapi dengan berkat usaha dan semangat yang begitu tinggi, projek Tanjung Pelepas berjaya disiapkan malah dirasmikan oleh Dr Mahathir pada 13 Mac 2000. Pada tahun 2004, pelabuhan tersebut berjaya mengendalikan 4 juta TEU (twenty foot equivalent unit) dan mendapat tarik operasi syarikat perkapalan gergasi dunia seperti Maersk dan Evergreen daripada Singapura ke Tanjung Pelepas, maka pelabuhan tersebut menjadi pelabuhan ke-16 paling sibuk dalam dunia.

Sekarang lebih 12 tahun beroperasi, Pelabuhan Tanjung Pelepas untung kasar adalah RM904 juta manakala untung bersih selepas cukai adalah RM91.7 juta. Ini menunjukkan orang Melayu boleh mengurus perniagaan modal berbillion sambil jaga kebajikan rakyat melalui Yayasan Al Bukhary. Masalah utama masyarkat Melayu adalah mentaliti negatif bahawa kita tidak boleh berjaya atau dalam bahasa english ‘inferiority complex’ , mentaliti ini akan melemahkan produktiviti harian kita. Kalau Syed Mokhtar mempunyai mentaliti itu maka beliau tidak akan berjaya dalam dunia perniagaan, kesannya Yayasan Al Bukhary tidak boleh menyalurkan berbillion kepada kebajikan umat Islam dalam dunia ini. Saya amat berharap artikel ini boleh menyuntik semangat kepada masyarkat melayu beragama Islam untuk tingkatkan usaha, dan tidak lupa sedekah apa yang mampu kepada jalan Allah.Sekian terima kasih, mohon maaf jikalau ada salah silap.
Terima kasih kepada penulis di Facebook
-AR-

No comments:

Post a Comment