Wednesday, June 26, 2013

Tak Ada Duit, Wanita Ini Kuburkan Suaminya di Belakang Rumah. Hadoiii kesiannya.

Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat  , menguburkan jenazah suaminya di belakang rumah kerana tidak memiliki cukup wang untuk menyelenggarakan penguburan yang sepatutnya. Demikian diberitakan NY Daily News, minggu ini.

NY Daily News
Polis menemui mayat Thomas Winn, dibungkus dalam dua plastik tempat sampah dan dikubur di kedalaman 132 sentimeter dalam lubang di rumahnya di kawasan Apple Valley. Isteri simati, Yvonne Winn, menangis ketika pihak otoriti menggali mayat   suaminya.
“Saya melihat dia berjongkok  berdekatan di mana polis  mulai menggali dan dia langsung menangis,” demikian kesaksian tetangganya.
Demi kesihatan dan keselamatan, warga di California, hanya dibolehkan melakukan penguburan di tempat pemakaman yang layak dan sudah dipersetujui pemerintah negara  . Yvonne tidak ditangkap namun pihak penyiasat  mencuba menyiasat penyebab kematiannya. Lelaki berusia 63 tahun itu, kata polis , tidak ditemukan tanda-tanda kekerasan di tubuhnya.
 sumber

No comments:

Post a Comment