myMetro
San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh
memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah
pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh
anaknya itu.
Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa
serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley
Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.
Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP
No comments:
Post a Comment