30/07/2013
JEMPOL - Gara-gara berang apabila ditanya mengenai sebuah motosikal
yang hilang sejak setahun lalu, seorang penganggur bertindak menumbuk
bapanya sendiri sejurus selepas berbuka puasa di rumah mereka di Air
Hitam di sini Sabtu lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa Abd.
Latif Talib, 70 ingin mengetahui status motosikal yang dipinjam anaknya
itu.
“Saya baru selesai berbuka puasa bersama isteri dan anak saya. Bila
saya tanya dimana motosikal itu, dia mengatakan sedang dibaiki tetapi
saya yakin, ia telah dijual,” katanya ketika Hospital Jempol di sini
hari ini.
Katanya, selepas kejadian, anaknya terus melarikan dan isteri mangsa
terpaksa meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias
yang dihubungi mengesahkan menerima laporan lelaki terbabit. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment