Saturday, July 20, 2013

Artis Seksi Bollywood Memeluk Islam

20 Jul 2013

BEKAS pelakon Bollywood Mamta Kulkarni, yang beraksi dalam banyak filem superhit semasa 90-an, dilaporkan memeluk agama Islam.

Menurut buzz, pelakon kontroversi itu telah memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan teman lelakinya Vicky Goswami pada 10 Mei. Pada masa ini, dia dipercayai telah menetap di Nairobi, Kenya, dengan suaminya.

Kulkarni berkahwin dengan Goswami 52 tahun selepas sekian lama menjalin hubungan ketika suaminya berada di penjara di Dubai.

Beliau juga menguruskan perniagaan hotel suaminya. Suaminya, Goswami juga tidak lekang dengan kontroversi. Beliau telah ditangkap oleh polis UAE pada tahun 1997 selepas terlibat dengan penyeludupan dadah. Hukumannya dikurangkan selepas beliau memeluk agama Islam.

Beliau telah dibebaskan pada 15 November tahun lepas. Kontroversi Kulkarni yang pertama dicetuskan pada tahun 1993 apabila dia bergambar tanpa coli  di halaman cover majalah Stardust sehingga menyebabkan dia didakwa di bawah undang-undang kelucahan melampau India.

Mamta Kulkarni telah beraksi dalam filem-filem seperti 'Aashiq Awara', 'Waqt Hamara Hai',  'Krantiveer',  'Karan Arjun',  'Sabse Bada Khiladi', 'Baazi',  'China Gate', dan 'Ghatak: Lethal'.

 Mamta Kulkarni bersara dari showbiz setelah 11 tahun berkecimpung dalam industri filem Bollywood.  

No comments:

Post a Comment

Post a Comment