Sunday, July 14, 2013

Banduan Ini Lari Dari Penjara Demi Bertemu Ibunya

   
(c) ShutterStock
Vemale.com - Kejadian larinya ratusan banduan dari Lapas Tanjung Gusta Medan semalam (11/7) membuat panik   orang ramai. Bagaimana tidak, mereka masuk penjara kerana berbuat jenayah  dan boleh saja membahayakan   orang ramai. Namun ada satu cerita mengenai kaburnya   seorang banduan. Setelah lari dan bertemu ibunya, dia kembali menyerahkan diri.

Saro alias Wageng (57).banduan kes dadah itu lari kerana ingin bertemu dengan ibunya yang sudah tua. Saro lari dan langsung menuju rumah ibundanya di Kawasan Gaperta Medan, tak jauh dari Tanjung Gusta. Setelah melepas rindu dengan ibu dan keluarganya, tadi pagi Saro kembali ke Lapas dihantar oleh sang ibu tercinta.

Ibunda Saro mengatakan bahawa hukuman harus dijalankan. Walau sangat menyayangi Saro namun ibunda Saro ingin Saro menyelesaikan masa hukuman agar tidak menjadi buruan dan menambah dosa. Sang ibu berpesan agar Saro yang sudah menjalani 6 tahun kurungan menyelesaikan hukumannya. "Aku hantar anakku pulang," kata ibu Saro. Walau berat, ibunda Saro menghantarkan kembali puteranya itu ke Lapas.

Saro sendiri tidak ingin lari ke manapun. Dia hanya rindu dengan ibu dan anak isterinya. Saro tahu bahawa dia harus menyelesaikan masa hukuman apapun yang terjadi. "Saya lari kerana ingin melihat orangtua," kata Saro. Kini, oleh petugas Saro ditahan ke Rutan Tanjung Gusta yang berjarak 500 meter dari Lapas, dikutip dari merdeka.com.

Kehebohan dan tragedi kaburnya ratusan napi Lapas semalam membuat warga Medan tidak tenang. Bahkan belasan pelaku terorisme juga ikut kabur. Namun Saro kembali ke Lapas setelah semalaman bertemu dengan ibu dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment