
Dua
pemimpin pembangkang dan seorang kakitangan pejabat Pakatan Rakyat akan
didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ekoran peranan mereka dalam
perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun.
Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Adib Ishar akan turut diheret ke mahkamah.
Ketika
dihubungi, peguam Latheefa Koya berkata, ketiga-tiga mereka akan hadir
di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 24 Julai, tetapi sama mereka akan
dituduh di mahkamah sesyen atau mahkamah majistret akan dimaklumkan
kemudian.
Rafizi, yang kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam berkata, pendakwaan dibuat berhubung notis perhimpunan tidak lengkap.
"Mereka (polis) berkata bahawa saya tidak mematuhi syarat PAA kerana menyerahkan notis tanpa memberikan bukti saya mempunyai kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada Malaysiakini.
Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Adib Ishar akan turut diheret ke mahkamah.

Rafizi, yang kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam berkata, pendakwaan dibuat berhubung notis perhimpunan tidak lengkap.
"Mereka (polis) berkata bahawa saya tidak mematuhi syarat PAA kerana menyerahkan notis tanpa memberikan bukti saya mempunyai kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment