KUALA LUMPUR – Polis semalam mengedar lakaran fotofit dua daripada
empat lelaki yang disyaki memecah masuk kediaman Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit
Damansara di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, pihaknya turut mengenal pasti tiga kumpulan termasuk suspek
warga Colombia yang dipercayai aktif melakukan jenayah di kawasan itu.
“Usaha memburu suspek terlibat sedang giat dijalankan dan lakaran
fotofit ini diharap dapat mempercepatkan usaha tersebut,” kata beliau
pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment