Kumpulan
pejuang alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini merancang mengumpulkan
sejuta tandatangan dan mengadakan perhimpunan besar-besaran Oktober ini
bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.
Presidennya, Wong Tack, berkata kempen itu bermula 1 Ogos ini dan
kemuncaknya pada 24 Ogos apabila semua 10,000 sukarelawan berhimpun di
stesen masing-masing bagi mengumpul sejuta tandatangan.
"Kempen ini bermula 1 Ogos dan tempoh 100 hari ialah jarak masa untuk
mengumpulkan sejuta tandatangan," katanya pada sidang media di Dewan
Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, hari ini. 22 Julai, 2013.
Tandatangani melalui kempen bertema 'Kuburkan Lynas dengan sejuta
tandatangan' akan dihantar pada September ini kepada Yang di-Pertuan
Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi
yang ada kaitan niaga dengan Lynas .
Jika tiada tindakan susulan dari Barisan Nasional (BN), Wong berkata
pihaknya akan menganjurkan Himpunan Hijau 2.0 secara besar-besaran pada
Oktober sebagai tanda bantahan.
"Ya, kami akan pertimbangkan satu perhimpunan. Kemungkinan ia akandiadakan pada Oktober nanti.
"Oktober adalah tarikh baik memandangkan Ogos dan September banyak
perayaan. Jadi kami rasa bulan tersebut terbaik," katanya apabila
ditanya sama ada perhimpunan besar-besaran dibuat selepas mengumpul
sejuta tandatangan.
Wong berkata, lokasi perhimpunan ialah sekitar ibu negara tetapi mengakui belum ada perancangan penuh untuk menggerakannnya.
"Kita akan umumkan rancangan penuh perhimpunan kemudian," katanya turut
yang bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau juga mendakwa Putrajaya mungkir janji untuk menghentikan operasi
kilang Lynas itu jika penduduk Kuantan menolak Barisan Nasional (BN)
pada PRU 13.
"Dulu sebelum pilihan raya, kerajaan kata biar penduduk Kuantan pilih
tapi apabila penduduk membuat keputusan, menteri besar dan menteri
bertanggungjawab berdiam diri," katanya. 22 Julai, 2013.

bertanggungjawab berdiam diri," katanya.
November tahun lalu, Himpunan Hijau mengadakan perarakan besar-besaran
di Dataran Merdeka selepas berjalan kaki sejauh 300 kilometer selama 13
hari bermula di Kuantan.
Kumpulan itu juga mendapat sokongan empat NGO lain iaitu Jawatankuasa
Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang,
dan NGO, anti-empangan Murum.- 22 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment