Tuesday, July 23, 2013

Kanak-kanak 4 Tahun mati ditembak. Polis kejar pelaku

23 Julai 2013

 
 Ilustrasi
Washington - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun mati tertembak di sebuah rumah di Washington, Amerika Syarikat. Dipercayai kanak-kanak ini ditembak oleh lelaki muda yang merupakan kekasih ibunya, yang kini menjadi buruan polis .

Seperti dilansir NBC News, Isnin (22/7/2013), kanak-kanak yang tidak disebutkan namanya ini, ditemukan dengan luka ditembak di rumahnya pada  21/7  pagi waktu setempat. Anak ini dinyatakan meninggal dunia setelah dibawa ke rumah sakit setempat.

Ketua  polis  setempat, Doug Wood mengatakan bahawa kes ini disiasat sebagai kes pembunuhan. Si pelaku diketahui merupakan kekasih dari ibu korban. Kini,  polis  setempat masih mengejar pelaku yang diketahui bernama Trevor Braymiller dan berusia 25 tahun ini.

Dalam kes ini, polis  menemukan sebuah pistol yang diyakini membunuh kanak-kanak tersebut. Ketika kejadian, pelaku dan ibu mangsa serta dua orang dewasa dan seorang anak lainnya berada di dalam rumah.

Wood menuturkan, pelaku kemungkinan masih berkeliaran dengan membawa senjata. "Yang menjadi perhatian kami adalah pelaku akan memaksakan konfrontasi dengan kami dalam kondisi emosional," ucapnya.

Secara terpisah, seorang mantan rakan kerja pelaku mengaku dia sempat diminta menghantarkan pelaku ke luar kota. Namun, pelaku sempat membantah dia yang menembak mati korban.

"Dia (Braymiller-red) mengaku dia tengah pergi ke luar rumah, di garaj untuk merokok dan kemudian dia mendengar suara letusan dan bergegas kembali ke dalam rumah dan menemukan anak itu tidak bergerak," terang mantan rakan kerja pelaku, Rueben Dreyer.

"Dia (korban-red) pasti berjalan sendiri dan mendapatkan pistol itu. Hanya itu yang dia bilang kepada saya," imbuh Dreyer yang menuturkan, pelaku terlihat gementar dan ketakutan ketika menemuinya.

Catatan mahkamah setempat menunjukkan bahawa pelaku ternyata pernah terlibat kes jenayah sebelumnya. Sejak tahun 2006 lalu, Braymiller beberapa kali ditangkap polis  kerana terlibat kes dadah
 sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment