Monday, July 22, 2013

Ketuai rayuan kes liwat II dipertikai, Shafee rasa terhina

Oleh V Anbalagan, Penolong Pengarang Berita
July 22, 2013

 
Anwar ketika berkempen di Kuala Besut semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Julai, 2013. 
Anwar ketika berkempen di Kuala Besut semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Julai, 2013.

Pelantikan Peguam Kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu dilihat bermotif politik.

Shafee dilantik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggantikan bekas peguam cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan sebelum ini.

Beliau yang sebelum ini Timbalan Pendakwa raya menerima surat pelantikan dari Gani pada 11 Julai lalu sebelum memaklumkannya kepada panel tiga hakim diketuai Datuk Ramly Ali,
“Pelantikan saya selaras Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah. Peguam Negara adalah satu-satunya orang, selain Perdana Menteri yang boleh mengarahkan saya melakukan tugas ini," katanya.

Merujuk kes Teoh Beng Hock, Datuk Tan Hock Chuan dilantik membantu pendakwa raya dalam siasatan itu, Shafee tidak menganggap pelantikannya sebagai kontroversi kerana ia bukan pertama kali berlaku.

Selain itu, katanya, Peguam Negara pada 80-an mewakilkan kuasa kepada Datuk VL Kandan untuk mengendalikan kes hak cipta kerana ia tidak harus dijadikan isu politik.

"Apa motif politik? Saya bukan ahli politik. Ramai tidak tahu tetapi saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya rasa terhina dengan dakwaan mengenai pelantikan saya bagi tujuan politik," katanya.Beliau yakin pelantikannya itu tiada konflik kepentingan bagi pihak pendakwa raya.

Shafee juga menolak dakwaan menerima bayaran tinggi bagi mengendalikan perbicaraan itu, sebaliknya menyifatkan bayarannya 'cukup rendah' berikutan ia kontrak kerajaan.
"Saya akan melakukannya walaupun tiada emolumen (bayaran). Saya anggap ini perkhidmatan awam," katanya yang menjangka hujah rayuannya selesai dalam dua atau tiga jam.

Shafee yakin menang berikutan rekod rayuan keseluruhan 25 naskhah  mendapati kerajaan mempunyai peluang menang yang lebih tinggi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dibebas Januari tahun lalu dari pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008. - 22 Julai, 2013
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment