Penasihat
DAP, Lim Kit Siang (gambar) mempersoal kejujuran Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang bercakap mengenai kepentingan semua kaum berikutan ia hanya
terpacul dua bulan pilihan raya umum (PRU) ke-13, berakhir.
Mengalu-alukan kenyataan yang merujuk kepentingan dan masalah semua
kaum termasuk golongan bandar, beliau menyifatkan ia sebagai suatu
perkembangan baru.
"Ini tak ubah seperti menghirup udara segar selepas menyaksikan orang
Cina diserang dengan isu perkauman dan gambaran keputusan PRU 13
seolah-olah berlaku tsunami Cina sedang ia sebenarnya tsunami Malaysia,"
kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian hari ini sebagai reaksi kepada ucapan
'perpaduan' Muhyiddin pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan
Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Sabtu lalu.
Muhyiddin menyentuh isu kepentingan dan 'isyarat' pengundi muda dan
golongan bandar pada PRU 13 dan percaya sokongan mereka bergantung
kepada keupayaan BN menangani isu berkaitan.
Menyatakan isu yang dibangkit golongan urban memberi impak kepada
pelbagai kaum dan perlu penyelesaian segera, ucapan beliau memberi
penekanan terhadap kepentingan tolenrasi kaum.
Bagimanapun, Lim tertanya-tanya sampai bilakah Muhyiddin mampu
mengekalkan peranan sebagai timbalan perdana menteri 'sebenar'
berdasarkan kenyataan sebelum PRU 13.
"Ia berlawanan dengan kenyataan Muhyiddin pada Mac lalu yang
menyatakan beliau adalah 'Melayu pertama, Malaysia kedua'," katanya.
Beliau berharap Muhyidin tidak hanya menjadi timbalan perdana menteri
kepada 47 peratus pengundi BN, sebaliknya memainkan peranan itu bagi
semua rakyat Malaysia. - 1 Julai, 2013.
No comments:
Post a Comment