Lim
Kit Siang (gambar) menjangkakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sedang
bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP
menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul
Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti
baru.
"Ia merupakan satu tindakan yang sama sekali tidak betul, tidak adil
dan tidak profesional malah secara tidak langsung mencalarkan intergriti
badan tersebut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim turut mempersoalkan bagaimana Abdul Rahman boleh memberi komen
begitu sedangkan belum ada kesahihan yang dibuat mengenai isu pemilihan
itu.
“Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru
yang dikemukakan sejak lima tahun lalu,” kata Abdul Rahman seperti
dipetik dari akhbar milik MCA The Star.
Abdul Rahman dalam laporan itu diminta mengulas mengenai usaha anggota
DAP untuk membentuk parti parti sekiranya pembatalan parti tersebut
tidak dapat dielakkan.
"Bukankah ia menunjukkan Dia (Abdul Rahman) lebih percaya pada
propaganda Umno / BN atau pengikut mereka seolah apa yang dikatakan
mereka merupakan satu fakta betul walhal ia tidak berasas sama sekali,”
soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti itu pada Disember lalu.
Tegasnya, DAP tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak yang didapati cuba mencalarkan nama baik parti tersebut.
Abdul Rahman dalam laporan itu memberi peringatan kepada anggota DAP
supaya tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan
itu bertindak membatalkan pendaftaran parti baru.
Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru. – 26 Julai, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment