Saturday, July 27, 2013

Laman Facebook diwujudkan sokong guru besar SK Seri Pristana

July 26, 2013 Latest Update: July 26, 2013 07:07 pm
Sebuah laman Facebook diwujudkan untuk menyokong guru besar sekolah SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor, dengan pengguna internet mempertahankan tindakannya dan menyelar mereka yang “memutarbelitkan” perkara itu untuk mewujudkan “persepsi negatif”.

Mohamad Nasir diserang selepas gambar menunjukkan murid-murid bukan Islam di sekolahnya makan tengah hari semasa waktu rehat di bilik persalinan sekolah itu tersebar dengan meluas.
Laman Facebook yang diwujudkan semalam itu sudah mempunyai 1,431 tanda suka dan angkanya semakin meningkat.

 Ramai pengguna internet membela tindakan Mohamad Nasir dan memuatnaik tulisan diblog mereka yang melawat sekolah itu dan mendapati situasi berbeza dengan apa yang dituduh dan digembar-gemburkan.

Penyokong Mohamad Nasir menggesa polis mengambil tindakan terhadap orang yang pertama memuatnaik gambar murid-murid makan di bilik persalinan sehingga tersebar dan merebak di internet dan mengundang kemarahan ramai pihak.

Gambar tersebut pertama kali dimuatnaik di Facebook oleh Guneswari Kelly, ibu kepada salah seorang murid dan kemudiannya disensasikan oleh blog sehingga mengundang perhatian media.
Semalam, Mohamad Nasir memberitahu media, Jabatan Pelajaran meminta beliau untuk mengambil cuti selama seminggu bagi meredakan ketegangan. - 26 Julai, 2013. TMI

No comments:

Post a Comment