INILAH kereta Proton Wira milik Ooi
Yean Teong (gambar kecil) yang pecah cermin depan selepas dihentam plat
besi sebelum menusuk leher mangsa hingga maut di Teluk Intan, Perak
kelmarin.
|
TELUK INTAN - Seorang lelaki terbunuh selepas lehernya tertusuk plat
besi yang terpelanting ke dalam kenderaannya di Kilometer 42, Jalan
Teluk Intan-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Ooi Yean Teong, 51, yang bekerja sebagai penimbang kelapa sawit
dipercayai terlanggar plat besi berkenaan yang kemudiannya terpelanting
memecahkan cermin hadapan Proton Wira yang dipandunya.
Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata,
kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama seorang
rakannya dalam perjalanan pulang selepas makan malam di sebuah restoran
di Sitiawan.
"Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan terlanggar sebatang
plat besi melengkung yang kemudiannya melantun ke dalam kenderaan
melalui cermin hadapan.
"Malangnya, besi berkenaan terkena pada leher mangsa sehingga
menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar
di sini semalam.
No comments:
Post a Comment