Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar)
menegaskan hari ini agama kanak-kanak bawah umur tidak boleh ditentukan
oleh seorang penjaga sebaliknya keputusan tersebut mestilah
dipersetujui bersama, apabila ditanya tentang pindaan Rang Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang telah dibacakan
kali pertama baru-baru ini.
Nazri menyifatkannya sebagai "tidak adil" kepada salah seorang
penjaga tersebut sekiranya Rang Undang-Undang kontroversi baru itu
dipinda.
"Jadi kepada saya, tidak adil untuk mengatakan bahawa hanya seorang
daripada penjaga boleh menentukan agama anak walaupun kalau seorang itu
sudah memeluk Islam," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ketika
di temui di Saloma Bistro di sini dalam majlis anjuran Tourism
Malaysia.
"Saya sebagai seorang peguam dan Muslim juga, saya tidak selesa dengan keadaan ini," tambah beliau lagi.
Pindaan terhadap Rang Undang-Undang tersebut menerima kritikan hebat
daripada kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan parti komponen Barisan
Nasional (BN), serta kumpulan masyarakat awam bukan Islam. - 3 Julai,
2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment