Wednesday, July 17, 2013

Menteri enggan sahkan identiti pembekal dakwat SPR

 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim enggan mengesahkan pihak yang disebut oleh MP Pandan Rafizi Ramli semalam merupakan pemilik dan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei.

Shahidan tetap enggan mengesahkan perkara itu, walau diasak berkali-kali oleh MP Pakatan Rakyat, termasuk Rafizi ketika menteri berkenaan berucap dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menteri berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa syarikat yang disebut oleh Rafizi semalam turut membekal topi dan baju-T untuk kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, kes berhubung perolehan dakwat kekal itu juga kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Pertama, saya nak kata, syarikat ini kita serah pada SPRM.

"Syarikat yang bekal dakwat ini bukan syarikat sama yang bekal topi dan baju-T seperti yang disebut Pandan (Rafizi Ramli) semalam," katanya.

No comments:

Post a Comment