OLEH RITA JONG
July 18, 2013
Pasangan
blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini,
atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar
yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan
di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang
dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan
bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook
bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di
https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat
Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!"
bersama logo Halal di sebelahnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks
Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12
Julai lalu. - 18 Julai, 2013.
No comments:
Post a Comment