Menteri
Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas
Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh
Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan.
Menurut Husni, syarikat tersebut kini sedang dibuat penilaian dan sekiranya dalam rundingan tersebut berjaya, syarikat Kirimotonas akan memberi komitmen untuk membayar seluruh hutang NFC.
"Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) ketika memberi ucapan penggulungan titah Diraja di Parlimen hari ini.

No comments:
Post a Comment