Thursday, July 18, 2013

Penjawat awam akan dapat 'Bonos Raya' ?

July 17, 2013 TERKINI: July 17, 2013 
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Perdana Menteri itu berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat khas pejabatnya, hari ini.

Ia sejurus selepas majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri di kawasan Koridor Utara. 

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Cuepac berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Sebelum ini, Presidennya, Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada sempena Aidilfitri bagi mengurangkan beban penjawat awam menjelang Aidilfitri.
Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan belum berbincang mengenai pemberian bonus.

Beliau, bagaimanapun menyatakan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini, sudah boleh dianggap sebagai bonus. - Bernama, 17 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment