Monday, July 8, 2013

Persidangan Parlimen 90 minit. “Kalau masa itu mereka baling selipar, kita tengoklah".


 Jul 7 2013 Malaysiakini
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata usahanya untuk melanjutkan siaran persidangan Parlimen di RTM adalah untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang mahu melihat stesen berkenaan bersikap lebih adil.
“Jika sebelum ini timbul isu orang kata RTM hanya digunakan untuk menyiarkan wajah pemimpin kerajaan sahaja, sekarang tidak lagi.

“Ini kerana kalau dalam waktu siaran langsung itu ahli  parlimen pembangkang yang banyak bertanya soalan maka mereka akan dapat publisiti.

“Kadang-kadang mungkin dia dapat lebih banyak daripada pemimpin kerajaan kerana kita tidak lagi tentukan berapa minit untuk kerajaan dan berapa minit untuk pembangkang,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Shabery berkata lanjutan masa dari 30 minit kepada 90 minit untuk tempoh perbahasan itu juga untuk meningkatkan ketelusan kepada apa yang berlaku di dalam Dewan.

“Kalau masa itu mereka baling selipar, kita tengoklah,” katanya.

Shabery memperkenalkan siaran langsung 30 minit semasa menjadi menteri penerangan ada 2008, yang kemudiannya dipinda oleh penggantinya, Datuk Seri Rais Yatim.

Rais menukar format siaran 30 minit itu untuk memfokuskan kepada jawapan menteri dan akan melencongkan siaran kepada wawancara dengan MP BN apabila wakil pembangkang sedang bertanya soalan.

Katanya, lebih 1.8 juta penonton sudah mengikuti siaran melalui Internet itu ketika para ahli dewan mengangkat sumpah, 1 Julai lalu

1 comment:

  1. ek eleh alahai shabery yang tak cheek oii!!!dulu memanglah tak ada muka pembangkang.bn/umno aja muka tiga suku yang penuhkan dewan.sekarang kameraman pun dah tak boleh nak larikan lensanya,pembangkang dah ambil kesemua sudut lensanya didewan.rakyat dah bosan dengar temberang yang banyak kali diulang tanyang.

    ReplyDelete