Thursday, July 4, 2013

Rais Yatim dapat habuan

KERENGGA

http://www.ekeleh.com

Kali ini giliran bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mendapat dan menuntut habuan. Menurut laporan Bernama, Rais telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Perlantikan dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM. Tentunya atas arahan PM Najib.

Rais dijangka bertemu media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat ini. Tentunya juga bagi menyatakan kesyukurannya atas habuan tersebut.

No comments:

Post a Comment