Monday, July 29, 2013

Terlalu Gemuk, Chef dari Afrika Selatan Ditolak Visa Kerjanya

28 Julai 2013  detikNews

gemuk_ilustrasi

New Zealand khuatir pendatang gemuk akan memboroskan anggaran kesihatan.

Otoriti di New Zealand dilaporkan telah mengatakan kepada seorang chef  dasri  Afrika Selatan bahawa dia terlalu gemuk untuk tinggal di negara tersebut.

Pegawai Imigresen mengatakan Albert Buitenhuis yang beratnya 130kg tidak memiliki standard kesihatan yang boleh diterima.

Dia ketika ini menghadapai ancaman pengusiran meskipun telah berhasil mengurangi beratnya sebanyak 30kg sejak pindah ke kota Christchurch enam tahun lalu.

New Zealand ketika ini merupakan negara dengan tingkat obesiti tertinggi di kalangan negara maju.

Hampir tiga puluh persen dari populasi warganya mengalami masalah kegemukan.

Buitenhuis dan isterinya, Marthie, pindah dari Afrika Selatan ke Christchurch pada tahun 2007 dan kala itu berat chef itu adalah 160kg.

Hingga sekarang visa kerjanya yang berlaku selama satu tahun telah diperbaharui dengan hanya sedikit masalah, kata isterinya, Marthie.

Habiskan anggaran kesihatan

"Kami mengajukan permohonan dari tahun ke tahun dan tidak pernah ada masalah," kata Marthie.

"Mereka tidak pernah mempersoalkan berat Albert atau persoalan kesihatannya sekali pun dan dulu dia jauh lebih berat dari sekarang."

Namun pada bulan Mei, pasangan ini telah diberitahu bahawa visa kerja mereka ditolak kerana berat badan Buitenhuis.

"Yang menjadi ironi adalah ketika ini beratnya telah turun dibanding ketika dia pertama tiba di sini dan juga lebih rendah dibandingkan ketika dia menjalani ujian medis pertamanya. Ketika itu pihak imigresen menerima keadaannya," jelas Marthie.

Ketika ini pasangan suami isteri itu tengah mengajukan rayuan kepada Kementerian Imigresen New Zealand.

Juru cakap Kementerian Imigresen mengatakan permohonan Buitenhuis ditolak kerana kegemukan yang dia alami membuatnya menghadapi resiko signifikan dari sejumlah penyakit komplikasi termasuk, diabetes, darah tinggi dan serangan jantung.

"Sangat penting bahawa semua imigran memiliki standard kesihatan yang boleh diterima untuk meminimalkan biaya pada lembaga layanan kesihatan New Zealand," kata juru cakap Imigresen.

(bbc/bbc)

No comments:

Post a Comment