Ketua
Polis Negara berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung
kes tembakan membabitkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan di Bahau
petang semalam.
Berharap mangsa segera sembuh, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Bukit
Aman akan memantau siasatan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) menyelia kes itu.
“Bukit Aman akan memantau dengan teliti penyiasatan kes tembakan
Sanjeevan di Bahau. Pengarah JSJ sendiri yang akan menyelia,” kata
Khalid dalam satu kiriman tuitnya hari ini.“Saya beri jaminan kepada keluarga dan orang ramai yang siasatan kami
akan melihat segala aspek termasuk mereka yang pernah disebut oleh SS
dahulu,” katanya.
Sebelum Sanjeevan ditembak, beliau membuat aduan diancam berhubung pendedahannya terhadap salah laku polis.
Sanjeevan melalui satu kiriman tuit semalam menulis: “Seorang anggota
mengarahkan sindiket untuk mengacukan tembakan rumahnya untuk
menakut-nakutkan beliau dan keluarga.
Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang bersenjata menaiki motosikal di Bahau. - 28 Julai, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment