myMetro 9 Ogos 2013
Oleh Rabi’Atul Adawiyah Ismail
Petra Jaya: Sambutan Aidilfitri tiga keluarga
di Kampung Sungai Bedil Besar, di sini, hambar dan tidak lagi bermakna
apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu api dikatakan berpunca
daripada dapur sebuah rumah didiami tujuh penghuni sebelum merebak ke
tiga rumah bersebelahan yang masing-masing turut dihuni tujuh penghuni
termasuk sebuah rumah kosong.
Menurut seorang mangsa, Sudirman Arin, 66, ketika kejadian dia dan
isteri berada dalam perahu untuk menghantar tempahan lemang dan tapai
kepada pelanggan yang menunggu di Tebingan Kuching.
Katanya, dia terkejut apabila terpandang asap tebal yang disusuli api menjulang tinggi dari dapur di rumahnya.
Katanya, dia terkejut apabila terpandang asap tebal yang disusuli api menjulang tinggi dari dapur di rumahnya.
ANGGOTA bomba bergegas memadamkan kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Bedil Besar, Petra Jaya, semalam.
“Saya dan isteri segera berpatah balik kerana ketika keluar, lima anak berusia empat hingga 11 tahun masih tidur.
No comments:
Post a Comment