Monday, August 12, 2013

Biar kata-kata saya diingati pembaca, kata Pak Lah

  August 12, 2013  
Tuduhan yang mendakwa penerbitan buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia" adalah usaha mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) untuk menyerang Umno dinafikan sekeras-kerasnya pemimpin itu sambil meminta pembaca memberi fokus kepada jawapannya dalam buku tersebut tentang pentadbiran beliau di antara 2003 dan 2009.

Abdullah berkata beliau hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pengarang dan bukan keseluruhan buku.

“Saya hanya menjawab soalan yang ditanya. Biar jawapan saya nanti menjadi fokus pembaca,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buku yang disusun oleh Dr Bridget Welsh dan Dr James Chin dilancarkan minggu lalu dan telah menerima kritikan oleh penulis blog pro Umno dan Utusan Malaysia.

“Jangan membuat andaian buku tersebut ditulis oleh Pak Lah bagi mengundang konspirasi yang saya bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan parti. Itu penyelewengan fakta dan berbaur fitnah.

“Apa jua kritikan yang saya buat semasa temubual tersebut adalah kerana saya mahu melihat Umno terus mendapat mandat dan kepercayaan rakyat,” katanya.

Mantan presiden Umno itu berkata beliau tidak sekali-kali akan meninggalkan parti majoriti Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan Insya Allah, hingga ke akhir nafas nanti, saya masih ahli Umno yang cintakan negara,” ujar Abdullah.

Abdullah mengetahui kebanyaka artikel dalam buku tersebut mengecam pentadbiran beliau semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepadan prinsip keterbukaan yang menjadi tunggak kepada kematangan demokrasi.

“Itulah prinsip yang saya pegang semasa diwawancara oleh penulis buku tersebut,” kata bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu. - 12 Ogos, 2013. TMI

No comments:

Post a Comment