19 Ogos 2013
Oleh Rosliza Mohamed
Kota Bharu: Seorang kanak-kanak hancur tangan
kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba
meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di
Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman,
8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi
(ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.
Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
MOHD Harith Danial turut cedera di mulut.
Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.
myMetro
No comments:
Post a Comment