Setiausaha
Pengelola DAP, Anthony Loke (gambar) hari ini menjawab kecurigaan Datuk
Seri Najib Razak dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung dakwaan
seramai 753 pewakilan parti itu tidak dimaklumkan untuk hadir pada
pemilihan Disember lalu.
Beliau menjelaskan DAP sentiasa membalas surat yang diminta RoS dengan
mengemukakan bukti kukuh seperti yang dipinta namun badan itu tetap
meminta lebih butiran.
Katanya, pewakilan di empat kawasan iaitu Sungai Pelek, Desa Skudai,
Taman Desa Dahlia dan Ladang Paroi yang dikatakan tidak menerima
jemputan pada Disember lalu hadir di Pulau Pinang untuk pemilihan parti.
“Parti kini dalam usaha mengumpul pengakuan mereka yang tidak hadir
bagi membuktikan mereka menerima jemputan pemilihan parti hujung tahun
lalu," kata Anthony dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini.
– 19 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment