31 Ogos 2013
Oleh Hadzlan Hassan dan Siti Suraya Md Tap
Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan
membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan
air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan
bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.
Gangguan berlaku ekoran tumpahan diesel yang dipercayai dari sebuah
kawasan perusahaan yang beroperasi di Rawang, di sini, semalam.
Tumpahan berkenaan menyebabkan empat muka sauk loji di Sungai
Selangor terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi semalam, diikuti penutupan
Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau
Panjang.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.

MINYAK diesel mencemari Sungai Selangor.Menurutnya, keempat-empat loji rawatan air itu membabitkan pengeluaran bekalan air terawat sebanyak 2,670 juta liter sehari (JLH) atau 57% peratus bekalan untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
myMetro
No comments:
Post a Comment