13 Ogos 2013 myMetro
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Percintaan lebih 10 tahun
seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri dengan perkahwinan
bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri sebelum
dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak awal
tahun lalu.
Dia kini seolah-olah digantung tidak bertali apabila hanya dapat
berkomunikasi dengan suami melalui SMS yang ada ketikanya mengambil masa
beberapa hari untuk dijawab.
Rozita, 30-an, eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua
tahun lalu berakhir begini sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.
“Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia, saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis.

ROZITA menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
“Semuanya bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan meminta saya menjaga suami dengan baik.
No comments:
Post a Comment