Monday, August 19, 2013
'Jangan biar laporan rogol Penan berhabuk di rak'
Dua anggota pasukan petugas nasional yang menyiasat aduan penderaan seksual terhadap wanita Penan di Sarawak mengalu-alukan ikrar menteri persekutuan untuk bertemu mereka bagi menyemak semula situasi semasa.
Wakil Women's Aid Organisation (WAO) dan Women's Centre for Change (WCC) mencadangkan supaya kembali kepada tumpuan untuk melaksanakan dasar yang dicadangkan pasukan petugas itu.
Pengarah Eksekutif Ivy Josiah (kiri) berkata, beliau sedang menunggu peluang untuk bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Abdul Karim.
Menteri itu sebelum ini berkata mahukan maklumat daripada sumber pertama berhubung kemajuan pelaksanaannnya.
"Baguslah beliau mahu mengumpulkan anggota pasukan petugas bersama-sama untuk penilaian semula.
"Mereka (kerajaan) tidak patut biarkan (laporan kami) duduk dalam rak dan berhabuk," katanya.
Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment