Sunday, August 25, 2013

Kanak-kanak 8 Tahun Tembak Mati Pengasuhnya

25 Ogos 2013

Louisiana - Tragis! Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di Louisiana, Amerika Syarikat   menembak mati seorang nenek yang sedang mengasuhnya. Hal ini dilakukan  kanak-kanak lelaki tersebut setelah bermain video game dengan tema kekerasan.

Korban yang berusia 90 tahun meninggal seketika usai ditembak sebanyak satu kali pada bahagian belakang kepalanya. Penembakan dilakukan ketika mangsa sedang melihat televisyen.

Seperti dilansir seattlepi.com dan Press TV, Sabtu (24/6/2013), insiden ini terjadi di salah satu rumah kereta yang ada di area Country Breeze Mobile Home Park pada Khamis (22/8) sore waktu setempat.

Wakil Sheriff wilayah East Feliciana Parish menuturkan aksi penembakan ini tidak memiliki motif. Kanak-kanak tersebut sedang asyik bermain video game 'Grand Theft Auto IV' beberapa minit sebelum penembakan fatal ini terjadi. Video game tersebut memang dikenal kerana tema kekerasannya. Bahkan ada poin-poin yang boleh didapat pemain dengan membunuh dalam video game tersebut.

Lebih lanjut, kantor sheriff setempat menuturkan, kanak-kanak tersebut memberitahu pegawai keselamatn bahawa dia tidak sengaja menembak pengasuhnya. Namun hasil penyiasatan menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sengaja menembak si pengasuh ketika dia tengah bermain-main dengan senjata api.

Tidak disebutkan senjata api jenis apa yang digunakan kenak-kanak tersebut ketika penembakan. Tidak diketahui juga siapa pemilik senjata api tersebut dan bagaimana boleh si kanak-kanak ini memegangnya.

Pegawai keselamatan setempat mengklasifikasi kes ini sebagai kes pembunuhan. Namun si kanak-kanak tidak boleh diadili kerana usianya yang masih terlalu muda. Kanak-kanak ini pun dikembalikan kepada orangtuanya, yang tidak disebutkan keberadaannya ketika kejadian.

"Mereka yang masih belum mencapai usia 10 tahun dibebaskan dari tanggung jawab jenayah. Namun, tidak ada satupun ketentuan dalam pasal ini yang dapat mempengaruhi yurisdiksi mahkamah remaja yang diatur dalam konstitusi dan undang-undang di negara ini," demikian bunyi undang-undang yang berlaku di negara bahagian Louisiana.
   Sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment