10 Ogos 2013
Kerbau jenis murrah, sangat digemari di kalangan peternak India. | sites.google.com
NEW DELHI, KOMPAS.com — Seorang
penternak di India berhasil menjual seekor kerbaunya dengan rekod harga
termahal, yaitu 2.5 juta rupee.
Kapoor Singh di negara Haryana mengatakan kepada BBC bahawa kerbau jenis Murrah yang diberi nama Lakshmi itu dijualnya kepada seorang peternak asal negara Andhra Pradesh.
Kerbau jenis Murrah memang banyak dicari orang kserana produk
susunya yang tinggi tetapi biasanya bernilai hanya sekitar 100,000
sampai 250,000 rupee.
Biasanya kerbau-kerbau ini menjadi kebanggan dari para penternak.
Singh membeli Lakshmi sekitar dua tahun lalu dengan harga 250,000
rupee dan kini dia mengaku dapat membeli sebuah kereta mewah kecil dari
penjualan Lakhsmi, walau dia akan menggunakan untuk keperluan lain.
Menurutnya Lakshmi adalah kerbau khusus kerana boleh menghasilkan
28 liter susu setiap hari dan sudah mendapat beberapa penghargaan untuk
rekod produksi susu terbanyak.
"Saya tidak ingin menjualnya, namun pemilik baru memenuhi harga
yang saya minta. Dia datang tahun lalu dan menawar 190,000 rupee dan
saya tolak. Dia amat suka kerbau itu dan membuat video tentangnya dan
menayangkannya di kampungnya," kata Singh.
"Saya amat gembira mendapatkan harga yang saya minta. Saya akan
menggunakan wang itu untuk pesta perkahwinan puteri saya," tambahnya.
Lakshmi sendiri baru akan meninggalkan Singh menuju kampung baru dan pemilik baru, Rajiv Sarpanch, Minggu 11 Ogos.
Sarpanch kepada koran Hindustan Times mengatakan akan
mengikutkan Lakshmi dalam pertandingan ternak di Andhra Pradesh pada
Januari tahun depan, yang berhadiah satu kilogram emas.
Sumber :
BBC Indonesia
Editor : Ervan Hardoko
No comments:
Post a Comment