10 Ogos 2013
Oleh Shamsul Munir Safini
BUKIT KAYU HITAM: "Saya nampak cahaya lampu suluh dihalakan ke arah
saya disebalik pagar sempadan, tidak lama selepas itu saya terdengar
bunyi letupan senjata api sebelum tembakan terjatuh akibat terkena
tembakan berkenaan," kata Azamruddin Azizan,26, anggota tentera yang
cedera ditembak dengan senjata api dipercayai senapang patah daripada
arah Thailand di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, awal
pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi di zon N9 sempadan berkenaan
mangsa daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) 2 Sungai Ara Pulau
Pinang itu terkena enam serpihan tembakan termasuk dua di peha kanan,
satu di paha kiri dan tiga si belakang badan.
Sumber berkata, mangsa sedang melakukan rondaan pencegahan penyeludupan bersama seorang lagi rakannya menaiki motosikal tentera di kawasan itu sebelum menjumpai pagar sempadan yang dikopak dipercayai dilakukan sindiket penyeludup.
Sumber berkata, mangsa sedang melakukan rondaan pencegahan penyeludupan bersama seorang lagi rakannya menaiki motosikal tentera di kawasan itu sebelum menjumpai pagar sempadan yang dikopak dipercayai dilakukan sindiket penyeludup.
Katanya, mangsa kemudian memeriksa lubang berkenaan sebelum cuba membaikinya sebelum terlihat cahaya lampu suluh daripada arah sempadan dihala ke arahnya.
"Selepas selesai membaiki pagar berkenaan mangsa beredar daripada kawasan berkenaan dan terdengar bunyi letupan senjata api sebelum terjatuh akibat terkena tembakan itu.
"Mangsa juga cuba melarikan diri selepas ditembak, namun terjatuh selepas mengalami kecederaan akibat tembakan mengenai kaki dan bahagian belakangnya," katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa yang ketika itu lengkap beruniform dibantu rakannya sebelum
dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan kenderaan tentera sebelum memaklumkannya di Balai Polis Kangar jam 7.30 pagi semalam.
Katanya, mangsa menerima rawatan di Bahagian Kecemasan HTF manakala rakan yang bersamanya tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Gua Musang, Kelantan itu dilaporkan parah dan berada dalam keadaan stabil.
No comments:
Post a Comment