Pengguna
mendapatkan bekalan air dari lori tangki Puspel selepas bekalan air
terganggu ekoran pencemaran minyak diesel ke dalam Sungai Selangor.
Gambar The Malaysian Insider oleh Md Izwan, 31 Ogos 2013.Loji Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam.
Demikian maklum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan
SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya
dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada
lagi kesan minyak.
"Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara
berperingkat selepas tengahari ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd (Syabas) supaya tidak menggunakan alasan ini untuk membiarkan
gangguan bekalan air berleluasa sedangkan masalah pencemaran ini telah
pun dikawal.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air
Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri
yang telah bekerjasama dgn SPLASH bagi memastikan loji-loji berkenaan
beroperasi semula," katanya.
Jabatan Alam Sekitar, LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor
(SPLASH) telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan
lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel
terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.
Majlis Perbandaran Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan
perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.TMI
Pengguna
mendapatkan bekalan air dari lori tangki Puspel selepas bekalan air
terganggu ekoran pencemaran minyak diesel ke dalam Sungai Selangor.
Gambar The Malaysian Insider oleh Md Izwan, 31 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment