myMetro 30 Ogos 2013
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba
merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila
kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga
menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa,
Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa,
Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan
AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama
rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki
bermotosikal.
Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.

KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.
No comments:
Post a Comment