Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mendapatkan perintah tahanan
reman suspek pembunuhan Altantuya Shariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri
dan Sirul Azhar Umar dan bukan sekadar membuat rayuan, kata R Sivarasa.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu berkata, Abdul Gani sewajarnya
merujuk kepada amalan guaman biasa iaitu Akta 88 dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan mendapatkan perintah tahanan reman sehingga keputusan
rayuan seterusnya.
"Peguam Negara perlu menggunakan peruntukan sedia ada bagi mendapat
perintah menahan tahanan. Hal ini penting. Kenapa tidak buat," kata ahli
Parlimen Subang itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari
ini.
“Mahkamah juga perlu menahan pasport suspek bagi mengelak mereka lari
ke luar negara dan supaya dapat menghadiri perbicaraan pada hari
ditetapkan." – 30 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment