14/08/2013
JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh
Gadut menghargai permohonan maaf Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K.
Sri Dhammaratana Nayake atas tindakan sekumpulan penganut agama itu dari
Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili
Besar, Kota Tinggi, Sabtu lepas.
"Saya ingin mengucapkan penghargaan dan rasa bangga saya terhadap
tindakan beliau memohon maaf kepada umat Islam di negara ini semalam.
Tindakan ini merupakan suatu langkah yang amat terpuji walaupun beliau
sendiri tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh warga asing itu.
Justeru, saya minta seluruh masayarakat Islam menerima permohonan
maaf ini serta jaminan bahawa kejadian itu tidak akan berulang, katanya
ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, anggota Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin
Mohd. Harun Narrashid menyifatkan permohonan maaf itu menggambarkan
keprihatinan Ketua Sami Buddha itu terhadap sensitiviti masyarakat Islam
negara ini.
Pada masa sama, beliau juga mahukan semua pihak tidak bersikap
berlebih-lebihan di dalam reaksi mereka mengenai insiden surau itu
sehingga menenggelamkan potensi industri pelancongan. - Bernama
No comments:
Post a Comment