Thursday, August 15, 2013

Gigit Jari Orang Hingga Putus, Lelaki dibicarakan

14 Ogos 2013

 
Ilustrasi
Jakarta - Seorang lelaki di Washington, Amerika Syarikat terpaksa masuk mahkamah  kerana menggigit jari tangan lelaki lain. Keduanya terlibat pertengkaran hingga berujung pada aksi brutal yang membuat jari korban terputus.

Seperti dilansir watoday.com.au, Rabu (14/8/2013), lelaki berusia 29 tahun ini terlibat bertengkar dengan seorang lelaki lain, yang berujung perkelahian. Insiden ini terjadi di sebuah rumah di Snowberry Mews, Washington pada Sabtu (10/8) malam waktu setempat.

Mangsa yang berusia 37 tahun disebut-sebut merupakan abang si pemilik rumah. Tidak diketahui hal apa yang memicu perkelahian sengit kedua lelaki ini.

Menurut polis , kedua lelakiini bergelut hingga akhirnya pelaku menggigit jari tangan korban. Gigitan ini nampaknya dilakukan dengan sekuat tenaga kerana bahagian hujung jari mangsa sampai terputus.

Tidak dijelaskan lebih lanjut soal luka-luka lain yang diderita korban. Namun dengan segera, korban dilarikan ke rumah sakit terdekat untuk menjalani perawatan medis.

Sedangkan si pelaku akhirnya ditangkap polis . Dia dijerat dua dakwaan penyerangan, satu dakwaan melukai orang lain dan menceroboh masuk ke rumah orang.

Perbicaraan kes ini akan digelar di Mahkamah Bunbury mulai 30 Ogos mendatang.
Sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment